Buku Rujukan Kisah Tanah Granada yang Terusir

Di bangku sekolah rendah, kita telah mempelajari sejarah tentang rombongan Laksamana Cheng Ho ke Melaka untuk misi perdagangan dan diplomatik. Begitu juga dengan kehebatan Christopher Columbus yang merupakan orang pertama yang menemukan benua Amerika. Kita juga membaca kisahnya diadaptasikan dalam filem “Pirates of The Caribbean”. Justeru, untuk mengetahui tentang pelbagai sejarah lain maka Siri Fakta Sejarah di Dunia ini telah diterbitkan. Siri ini memaparkan enam buah buku yang sangat menarik untuk bacaan para pembaca. Dengan menekuni buku-buku siri ini, kita mengetahui pelbagai fakta sebenar tentang kisah sejarah. Buku ini digarap dengan menggunakan laras bahasa yang mudah difahami, kosa kata yang pelbagai, serta disulami dengan foto ilustrasi yang cantik dan berwarna bagi pembaca untuk menekuni buku ini hingga ke halaman terakhir. Semoga Siri Fakta Sejarah di Dunia ini menjadi bahan bacaan kegemaran di perpustakaan sekolah mahupun perpustakaan mini di di rumah. Selamat Membaca!

Author :
Mohd Shukor Salleh

Penerbit :
E 1 Publication Sdn. Bhd.

ISBN :
978-967-2966-53-1

Bilangan Mukasurat :
10 muka surat

Baca Sekarang
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2026 Kementerian Pendidikan (KPM)
TOP