Buku Rujukan Bencana Kemarau dan Tragedi Tsunami

Tragedi kepala air yang berlaku di sebuah kawasan tersohor di negeri Pantai Timur baru-baru ini amat menggemparkan negara. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Justeru, Siri Fenomena Alam ini diterbitkan untuk memberikan pelbagai informasi kepada pembaca apabila berhadapan dengan situasi kecemasan yang tidak diduga. Siri Fenomena Alam ini mengandungi 6 judul buku tentang bencana alam yang telah melanda pelbagai negara di dunia. Bencana yang berlaku ini bukan sahaja menyebabkan kemusnahan yang dahsyat, malahan meragut nyawa yang sangat banyak. Buku ini digarap dengan menggunakan laras bahasa ilmiah bagi meningkatkan perbendaharaan kata pembaca muda. Disertakan ilustrasi dan foto berwarna yang menarik. Pastikan siri ini dimuatkan dalam rak bacaan kerana buku ini mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat kepada semua pembaca!

Author :
Mohd Shukor Salleh

Penerbit :
E 1 Publication Sdn. Bhd.

ISBN :
978-967-2715-53-5

Bilangan Mukasurat :
10 muka surat

Baca Sekarang
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Hakcipta Terpelihara © 2026 Kementerian Pendidikan (KPM)
TOP